RUKUN NEGARA

 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

-RUKUN NEGARA- 

NAMA PENSYARAH: PUAN WAHIDAH BINTI MAT SAID

DARIPADA KUMPULAN 1:

AHMAD KHAIRUL NAJMI BIN AMER ABD. RASHID - 02DTM20F1045
ALIFF MARWAN BIN SIDANG ISMAIL - 02DTM20F1024
MOHAMAD ZAKWAN BIN MUHAIMI - 02DTM20F1020
ABDUL RAHMAT BIN MOHD KHADZIR - 02DTM20F1047
MUHAMMAD FADZMIN MUKQRIDZ BIN MOHD FAIDZUL - 02DTM20F1053



1.0 PENGENALAN

     Malaysia hari ini telah meniti usia 53 tahun kemerdekaan dan merupakan salah sebuah negara sedang membangun dan antara yang paling pesat membangun. Kesemua usaha ini datangnya dari segenap lapisan rakyat sama ada pemimpin mahupun rakyat jelata yang menyumbang keringat dalam usaha untuk menjadikan bumi bertuah ini sebagai sebuah negara yang disegani setelah meniti suatu tempoh penjajahan yang cukup lama iaitu 446 tahun. 

     Setelah negara mencapai kemerdekaan, kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia pertama menghadapi kesukaran untuk menguruskan sistem sosioekonomi yang diwarisi oleh penjajah British. Sikap liberal Tunku dan ditambah pula oleh kelembutan beliau untuk melayan permintaan masyarakat berbilang kaum telah menyebabkan orang Melayu merasakan kehidupan mereka diabaikan. Tumpuan Tunku yang terlalu berlebihan pada pertumbuhan material dan pasaran bebas tanpa menggunakan kuasa kerajaan untuk melakukan campur tangan telah menyebabkan jurang di antara golongan berada dengan golongan tidak berada semakin melebar. Titik-titik jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu dan berbagai-bagai lagi adalah punca-punca yang mencetuskan keresahan kaum dan manifestasinya Peristiwa 13 Mei 1969.

2.0 ISI TAJUK

     Di samping itu, lima prinsip Rukun Negara yang diwujudkan ini adalah dibentuk berdasarkan acuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan juga agama. Prinsip-prinsip yang terbina ini adalah bagi memperkukuhkan perpaduan kaum. Oleh itu menurut Tun Abdul Razak, "rahsia kesempurnaan Rukun Negara ialah pada amalannya. Tanpa amalan, Rukun Negara akan menjadi secebis dokumen yang tidak mempunyai makna. Adalah mustahak Rukun Negara bukan sahaja difahami oleh setiap rakyat, tetapi juga diamalkan dengan sepenuhnya dan segala hikmat-hikmat yang terkandung di sebalik tiap-taip perkataan dan kalimat Rukun Negara itu benar-benar menjadi darah daging"

     Rukun Negara yang pertama adalah Kepercayaan Kepada Tuhan. Agama dijadikan pegangan utama rakyat Malaysia kerana ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, sesuatu bangsa dan juga negara. Pegangan yang kukuh terhadap agama akan dapat menahan seseorang itu daripada melakukan jenayah dan juga kejahatan. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

     Rukun negara yang kedua pula adalah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Maka setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

     Rukun negara yang ketiga pula adalah Keluhuran Perlembagaan. Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

     Rukun negara yang keempat pula adalah Kedaulatan Undang-Undang. Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu, kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu, undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Tuntutan kepada prinsip keempat ini adalah supaya kita sama-sama menghormati undang-undang dan berusaha menyokong penguatkuasaannya serta memelihara kedaulatannya.

     Rukun negara yang kelima pula adalah Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip kesopanan dan kesusilaan ini bertujuan untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

     Selain itu, di dalam Rukun Negara terdapat lima cita-cita negara antaranya adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat untuk memelihara satu cara hidup yang demokratik. Seterusnya untuk mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama untuk menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak dan yang terakhir adalah untuk membina satu masyarakat yang progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Tun Abdul Razak dengan jelas memberikan jamin cita-cita negara ini akan tercapai apabila semua rakyat mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara.

3.0 PENUTUP

     Ikatan persefahaman antara pelbagai kaum yang menjadi tugu penggerak negara yang penting. Ikatan ini bukan terbina hanya sekelip mata sahaja ianya memakan masa yang begitu lama. Bagi mewujudkan perpaduan generasi kita kini seharusnya peka dengan Rukun Negara dan menghayati erti yang sebenarnya kewujudan Rukun Negara. Ini kerana Rukun Negara bukan hanya untuk dihafal atau diikrarkan dan diterapkan dalam kehidupan seharian warga negara Malaysia. Semangat Rukun Negara ini perlu diteruskan kerana ia sangat relevan dalam menangani krisis negara tidak kira ancaman daripada dalam dan luar negara. Dengan berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara mampu menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu, kukuh dan berwibawa bagi menghadapi apa saja cabaran.

4.0 RUJUKAN

1) Abdul Rahman Abdul Aziz & Muhamed Nor Azman Nordin. (2009). Pemikiran Pembangunan Perdana Menteri Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Regional Seminar on Humanities 2009 – Managing Asean’s Future. Anjuran Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak. 18-19 Februari 2009.

2) Abdul Rahman Abdul Aziz & Muhamed Nor Azman Nordin. (2008). Nilai-Budaya Ikatan-Sosial Masyarakat Malaysia Anjuran Lima Perdana Menteri Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Serantau Nilai dan Profesionalisme. Anjuran Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 12- 13 November 2008.

3) Abdul Razak Hussien, Dato’ (1971). Ucapan Perhimpunan Pergerakan Kaum Ibu dan Pemuda UMNO. Kuala Lumpur. 

4) Abdul Razak Hussien, Dato’ (1971). Ucapan Perdana Menteri Semasa Melancarkan Minggu Muhibah dan Perpaduan di Sekolah-sekolah melalui Radio dan Televisyen. Kuala Lumpur

5) http://repo.uum.edu.my/3186/1/S22.pdf

6) https://www.youtube.com/watch?v=Ep0Vo8UnnU4

7) https://www.bing.com/images/search?view=detailV2&ccid=zCjmRLZc&id=EF5D7635EE57766EAA0F50EFFD1A01E1448EAED4&thid=OIP.zCjmRLZciCxTzIe-H4hpJgHaFj&mediaurl=https%3a%2f%2fimage.slidesharecdn.com%2fintegrasipresentation-131216010728-phpapp02%2f95%2fproses-integrasi-membentuk-penyatuan-negara-bangsa-28-638.jpg%3fcb%3d1387156397&exph=479&expw=638&q=surat+khabar+tentang+rukun+negara&simid=608022513090235405&ck=11148EC6F5071A0AF7DF71C152132B9E&selectedIndex=31&FORM=IRPRST&ajaxhist=0

8) https://www.bing.com/images/search?view=detailV2&ccid=xl66QxOp&id=17E692519CBD07D2A29E82BAF6054CFD8B432234&thid=OIP.xl66QxOpj4S10ifsKdD2dAHaEA&mediaurl=https%3a%2f%2f4.bp.blogspot.com%2f-_LYe7riaKxI%2fVgufQSsr9jI%2fAAAAAAAAABc%2fcBM8EmbIqWI%2fs1600%2fimage_gallery.jpg&exph=865&expw=1600&q=surat+khabar+tentang+rukun+negara&simid=608033611264427757&ck=9AB516104847D8D1F1AA1D0F3A636D36&selectedIndex=19&FORM=IRPRST&ajaxhist=0


5.0 LAMPIRAN

     Di sini kami ada menyediakan beberapa helai lampiran yang kami kumpulkan besertakan satu video pendek;

                                                                      

































































Ini merupakan video lagu yang digunakan untuk Modul Kenegaraan PLKN;










Kami harap video ini dapat menaikkan lagi semangat kita untuk menghayati dan mendalami 5 Rukun Negara di dalam hati kita agar Malaysia terus maju demi anak bangsa.






💗 SEKIAN TERIMA KASIH DARIPADA KAMI KUMPULAN 1 💗


Comments

Popular posts from this blog

FILEM SARJAN HASSAN (SERGEANT HASSAN)

LAMAN SOSIAL SEBAGAI MEDIUM PENYAMPAI DAKWAH