LAMAN SOSIAL SEBAGAI MEDIUM PENYAMPAI DAKWAH



AHMAD KHAIRUL NAJMI BIN AMER ABD.RASHID (02DTM20F1045)

ABDUL RAHMAT BIN MOHD KHADZIR (02DTM20F1047)

MOHAMAD ZAKWAN BIN MUHAIMI (02DTM20F1020)

ALIFF MARWAN BIN SIDANG ISMAIL (02DTM20F1024)

MUHAMMAD FADZMIN MUKQRIDZ BIN MOHD FAIDZUL (02DTM20F1053)


PUAN WAN RUSWANI BINTI WAN ABDULLAH



KANDUNGAN:


1. PENGENALAN

2. APA ITU DAKWAH

3. KELEBIHAN LAMAN SOSIAL SEBAGAI MEDIUM PENYAMPAI DAKWAH

4. LAMAN SOSIAL IBARAT CENDAWAN YANG TUMBUH SELEPAS HUJAN

5. MEDIA SOSIAL MEMBAWA PENGARUH BURUK

6. KEBURUKAN LAMAN SOSIAL SEBAGAI MEDIUM PENYAMPAI DAKWAH

7. HADIS

8. KESIMPULAN

9. LAMPIRAN 

10. ARTIKEL

11. RUJUKAN



PENGENALAN


     Apabila bercakap tentang laman sosial, semua orang seakan-akan tahu dan pandai dalam perkara ini. Apakah laman sosial itu sebenarnya? Laman sosial merupakan salah satu alat yang digunakan untuk seseorang berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di dunia alam maya tanpa perlu berjumpa. Boleh dikatakan kebanyakan orang mempunyai akaun laman sosial tersendiri dan bagi mereka yang tidak mempunyainya dikatakan ketinggalan zaman kerana tidak mengikuti trend terkini dan dilabel kuno. Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan Whatsapp antara laman sosial yang popular pada masa kini dan setiap orang boleh dikatakan wajib mempunyai akaun tersendiri di laman sosial ini terutamanya bagi mereka yang tidak mahu terlepas dengan trend-trend terkini. Dalam kelekaan masyarakat kita yang menggunakan laman sosial, tanpa kita sedari, dakwah Islam semakin kurang tersebar kerana penganutnya yang terlalu ghairah dengan teknologi masa kini. Antara usaha beberapa individu untuk menaikkan balik dakwah Islam dalam kalangan masyarakat kita adalah dengan menggunakan laman sosial sebagai medium penyampai dakwah.




APA ITU DAKWAH?


     Dakwah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud ajakan dan seruan sebagaimana frasa dalam bahasa arab yang membawa erti “Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran”. Kita hendaklah berdakwah kerana Islam mengajar dan menegaskan kepada kita untuk mengajak orang lain melakukan kebaikan  seperti mengajak untuk tolong menolong sesama jiran  yang berada dalam kesusahan. Contoh ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-Maidah, ayat yang ke 2 yang bermaksud, “Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan”. Kita juga ditegaskan supaya membawa masyarakat untuk keluar daripada lembah kemaksiatan dan keburukan seperti perbuatan melakukan zina yang sudah terang lagi bersuluh mengenai pengharamannya. Dakwah merupakan suatu interaksi penyampai dan penerima melalui pelbagai cara yang bertujuan untuk menyeru masyarakat mahupun individu itu sendiri untuk beriman dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya bersesuaian dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islam. Konsep dakwah merupakan aspek penting bagi mencapai kebaikan dan kejayaan dalam kehidupan. Berkait dengan itu, pendekatan media sosial mampu membuahkan hasil yang baik dalam berdakwah terhadap masyarakat umumnya.



KELEBIHAN LAMAN SOSIAL SEBAGAI MEDIUM PENYAMPAI DAKWAH


     Media merupakan alat yang berpengaruh bagi aktiviti komunikasi. Setiap individu memerlukan  media sebagai perantara untuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat tidak kira sama ada melalui media cetak atau media elektronik. Kini, dengan perkembangan pesat teknologi komunikasi maklumat berjaya menjurus kepada penggunaan saluran Internet dengan lebih meluas dalam komunikasi seharian khususnya dalam aspek penglibatan pengguna dalam berinteraksi melalui dalam talian dan dikenali sebagai komunikasi siber. Komunikasi siber memberi peluang kepada pengguna internet di dalam proses pembelajaran, pekerjaan, maklumat, data, berkongsi pandangan dan sebagainya. Justeru, sejajar dengan definisi tersebut adalah perlu bagi para dae’i untuk berkongsi maklumat dan pandangan menerusi media sosial. Para dae’i khususnya dan umat Islam tidak seharusnya menghadkan kepada hanya sesuatu media tertentu saja yang boleh digunakan dan dipakai dalam menyampaikan dakwah Islamiah di seluruh dunia ini. Malahan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga dalam aktiviti dakwahnya telah menggunakan teknologi terkini termasuklah penggunaan internet. Ini jelas menunjukkan bahawa kemajuan media yang lebih canggih dapat diterima umum selagi ia tidak melanggar etika penggunaan media itu sendiri.



LAMAN SOSIAL IBARAT CENDAWAN YANG TUMBUH SELEPAS HUJAN


     Oleh yang demikian, wujud pula pelbagai jenis media sosial hasil daripada penciptaan komunikasi siber menerusi internet dan inovasi teknologi baru. Dengan kepelbagaian fungsi media sosial tersebut, mesej dakwah boleh disampaikan dengan lebih menarik dan interaktif. Kewujudan media sosial ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan boleh dijadikan medan berdakwah bagi para pendakwah untuk lebih dekat dan mesra dengan masyarakat. Facebook, YouTube, Twitter, Instagram dan sebagainya adalah antara media sosial yang hangat pada masa kini. Buktinya, sejak kemunculan Facebook secara pantasnya telah menjadi alat asas untuk interaksi sosial, identiti peribadi dan juga pembinaan rangkaian di kalangan pelajar. Dengan berasaskan jumlah pengguna yang begitu ramai merentasi sempadan global, dapat dilihat potensi dan impak yang besar penggunaan media sosial dalam keinginan bertingkah laku penggunaan sebenar tanggapan kebergunaan tanggapan mudah diguna. Dakwah merupakan satu kewajipan ke atas setiap individu dan menjadi tonggak utama kepada agama dalam usaha mengangkat martabat Islam hingga ke puncaknya. Sejajar dengan itu, ruang dan peluang yang terdapat dalam media sosial ini sewajarnya digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam dan perkara-perkara yang bermanfaat. Pada hari ini, beberapa dae'i yang terkenal itu telah menggunakan media sosial dalam dakwah mereka. Untuk menyebut beberapa , seperti Ustaz Azhar Idrus melalui Facebook dan Youtube, tidak lupa juga Ustaz Don Daniyal mempunyai laman peminat Facebook untuk berinteraksi dan berkongsi pengetahuan dengan peminatnya serta masyarakat secara keseluruhannya.



MEDIA SOSIAL MEMBAWA PENGARUH BURUK


    Penggunaan media sosial adalah penting dalam kehidupan manusia apatah lagi dalam kehidupan berkeluarga. Namun begitu, terdapat pelbagai masalah yang berlaku dalam kalangan masyarakat kerana tidak menggunakan media sosial ke arah yang betul dan tidak memanfaatkannya sebagai medium dakwah untuk mendapatkan ilmu dan menyebarkan mesej dakwah Islam. Oleh itu, adalah penting bagi setiap individu untuk mengikuti perkembangan teknologi komunikasi dan menggunakan media sosial untuk berkomunikasi serta mengawal diri dari menjadi hamba kepada media sosial. Namun terdapat segelintir masyarakat yang tidak memanfaatkan media sosial dan tidak menggunakannya dengan bijak. Perkembangan media sosial yang pesat telah disalah gunakan dengan melakukan berbagai bentuk kegiatan yang tidak mendatangkan faedah dan melalaikan seperti bermain game dan melayari laman pornografi.



KEBURUKAN LAMAN SOSIAL SEBAGAI MEDIUM PENYAMPAI DAKWAH


     Pada asal, dakwah Islam mengutamakan pembentukan peribadi-peribadi yang berakhlak baik. Namun terdapat segelintir kumpulan yang menganggap kumpulan yang lain sebagai musuh mereka dan menyanggah segala idea mereka di media sosial sedangkan perkara yang dilakukan memberi manfaat kepada manusia. Segelintir pendakwah pula tidak mempunyai kemahiran dan kreatif serta tidak berani mengaplikasi teknologi komunikasi bagi memperkukuh metodologi dakwah sedia ada supaya lebih mantap dan berkesan. Tidak dapat dinafikan sama ada disedari atau tidak disedari terdapat unsur-unsur negatif yang diserapkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab menggunakan akaun media sosial untuk penyebaran ajaran agama Islam yang songsang kononnya berteraskan perjuangan menegakkan kalimah Allah. Akaun media sosial milik mereka pula memaparkan status penulisan yang meragukan, maklumat palsu, fitnah, menyeru kepada permusuhan dan menanamkan kebencian sesama umat Islam. Media sosial memiliki potensi besar dalam mengubah sikap dan perilaku masyarakat terutama remaja yang relatifnya masih mudah terpengaruh dan dipengaruhi. Media sosial jika digunakan dengan bijak akan memudahkan seseorang untuk belajar, berdakwah, mencari informasi, berniaga dan lain-lain.




HADIS


i. Kewajipan berdakwah

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:‌‌‌‏ نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مَقَالَتِي فَوَعَاهَا وَحَفِظَهَا وَبَلَّغَهَا فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ، ‌‌‌‌‌‏ثَلَاثٌ لَا يُغِلُّ عَلَيْهِنَّ قَلْبُ مُسْلِمٍ:‌‌‌‏ إِخْلَاصُ الْعَمَلِ لِلَّهِ، ‌‌‌‌‌‏وَمُنَاصَحَةُ أَئِمَّة الْمُسْلِمِينَ، ‌‌‌‌‌‏وَلُزُومُ جَمَاعَتِهِمْ، ‌‌‌‌‌‏فَإِنَّ الدَّعْوَةَ تُحِيطُ مِنْ وَرَائِهِمْ .

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah akan memperindah (seri wajah) seseorang yang mendengar perkataanku, lalu dia memahaminya, menghafalnya dan menyampaikannya (kepada orang lain). Barangkali orang yang memahaminya (hadis tersebut) akan menyampaikan kepada orang lain yang lebih faqih (faham) daripadanya. Tiga perkara yang tidak mengkhianati (membersih dan meluruskan) hati seorang muslim; (1) mengikhlaskan amalan kerana Allah, (2) saling memberi nasihat terhadap para pemimpin kaum muslimin, (3) berpegang teguh terhadap jemaah mereka, sesungguhnya doa mereka meliputi (memelihara mereka) dari belakang mereka.” (Jami’ al-Tirmizi, no:2658 - Hadis Hasan Sahih)



ii. Teruskan berdakwah sekalipun ditinggalkan manusia

عن جابر بن عبير الله، قال: بينا النبي صلى الله عليه وسلم قام يوم الجمعة، إذ قمت عير إلى المدينة، فابتدرها أصحاب شول الله ، حتى لم يبق معه إلا اثنا عشر رجلا، فيهم أبو بكر وعمر، قال: ونلت هذه الآية: {وإذا رأوا | تجارة أو قوا انفضوا إليها} [الجمعة: 11]

Maksudnya: Daripada Jabir bin Abdullah, dia berkata: Ketika Nabi SAW sedang berdiri (menyampaikan khutbah) hari Jumaat, telah datang kafilah dagangan ke Madinah. Lalu bersegeralah para sabahat Rasulullah SAW pergi menyambut (mendapatkan kafilah dagangan tersebut) sehinggalah tidak tinggal (sahabat Nabi yang mendengar khutbah tersebut) melainkan dua belas lelaki sahaja. Dalam kalangan mereka terdapat Abu Bakar RA dan Umar RA. Lalu turunlah ayat ini: “Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (keseorangan) (Surah al-Jumu’ah: 11).” (Sahih Muslim, no: 863)


iii. Berdakwah lagi sukar daripada perang uhud

ين عايشة رضي الله عنها، زوج الي ، تخته ها قالت لي : هل أتى عليك يوم كان أشد من يوم أځډ، قال: " لقد لقيت من قوم ما لقيت، وكان أشد ما لقيت منهم يوم العقبة، إذ عرضت نفسي على ابن عبير ياليل بن عبد گلال، فلم يجبني إلى ما أردت، فانطلقت وأنا مهموم على وجهي، فلم أستفق إلا وأنا بقي الثعالب فرفعت رأسي، فإذا أنا بسحابة قد أظلتني، فنظرت فإذا فيها جبريل، قتاداني فقال: إن الله قد سمع قول قومك لك، وما تردوا عليك، وقد بعث إليك ملك الجبال لتأمره ما شنت فيهم، فناداني ملك الجبال فسلم علي، ثم قال: يا محمد، فقال، ذلك فيما بينت، إن شئت أن أطبق عليهم الأخشبيني؟ فقال التي : بل أرجو أن يخرج الله من أضلام من يعبد الله وحده، لا يشرك به شيئا "

Maksudnya: Daripada Saidatina Aisyah RA, dia bertanya kepada Nabi SAW: Adakah ada hari yang lebih sukar buatmu dari Perang Uhud? Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: Sesungguhnya aku telah berhadapan dengan (seksaan) kaummu, namun hari yang lebih dahsyat yang pernah aku lalui ialah Hari al-Aqabah dimana aku telah berdakwah menawarkan diriku kepada kaum Ibn Abd Yalayl bin Abd Kulal (berdakwah di Taif). Mereka tidak menerima dakwahku, lalu aku pun beredar dengan kekusutan (sedih) yang menyelubungi wajahku. Aku tidak sedar sehinggalah aku sampai di Qarn al-Tha’alib, aku dongakkan kepalaku lalu aku ternampak seperti kumpulan awan menyelubungiku. Aku perhatikan rupa-rupanya ia adalah Jibril. Dia memanggilku dan berkata: Sesungguhnya Allah telah mendengar apa yang dikatakan oleh kaummu kepadamu. Mereka tidak menerima dakwahmu. Dan disini Allah telah mengutuskan kepadamu Malaikat Bukit yang bersedia menerima arahan darimu. Lalu Malaikat Bukit memanggilku dan memberi salam kepadaku. Kemudian dia berkata: Wahai Muhammad, sekiranya engkau kehendaki, aku akan hempaskan dua bukit al-Akhsyabain (bukit Abu Qubays dan bukit Qu’aiqi’an) ke atas mereka. Lalu Rasulullah menjawab: Bahkan aku berharap akan keluar dari tulang sulbi mereka keturunan yang menyembah Allah serta tidak menyekutukanNya. (Sahih al-Bukhari, no: 3231)


iv. Pendakwah mesti turun padang

قال عتبان بن مال الأنصاري: نت أصلي لقومي بني سالم، فأتيت التي
، فقلت: إني أنكز بصري، وإثر السيول تحول بيني وين مسجد قومي، فلوددت أنك جئت، فصليت في بيتي مگانا كي أتحده مجدا، فقال: «أفعل إن شاء الله»، فغدا على رسول الله وأبو بكر معه بعد ما اشتد النهار، قاتات التي ، فأنت له، فلم يجلسن حتى قال:| «أين تحب أن أصلي من بيتك؟»، فأشار إليه بين المكاني الذي أحب أن يصلي فيه، فقام، قصفا خلقه، ثم سلم و متا چين سلم.

Maksudnya: Saidina Itban bin Malik al-Ansari RA berkata: Aku solat bersama dengan kaumku dari Bani Salim, kemudian aku datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu: Sesungguhnya penglihatanku menghalangku (penglihatannya lemah atau buta), dan lecak-lecak air menjadi penghalang di antara rumahku dan masjid kaumku. Maka aku berharap agar Tuan boleh datang dan menunaikan solat bersama dirumahku, sehingga aku boleh menjadikan rumahku sebagai tempat solat. Lalu Rasulullah menjawab: Baik, aku lakukan inshAllah. Maka pada keesokan harinya Rasulullah datang bersama Abu Bakar ketika matahari telah naik tinggi. Rasulullah meminta izin untuk masuk, lalu aku memberikan keizinan untuk masuk. Baginda Nabi tidak duduk sehinggalah Baginda bertanya kepadaku: “Dimana tempat yang engkau suka agar aku boleh menunaikan solat dirumahmu ini?” Lalu aku menunjukkan tempat yang paling disukai untuk dijadikan ruang untuk solat. Baginda Nabi SAW lalu bangun (menunaikan solat), kami menyusun saf dibelakang Baginda sehinggaah kami selesai memberikan salam. (Sahih al-Bukhari, no: 840)


v. Bekerjasama dalam misi dakwah dan kehidupan

عن أبي موسى، قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: «إن الأشعيين إذا |
ملوا في الغزو، أو قل طعام عيالهم بالمدينة جمعوا ما كان عندهم في توب واحد، ثم اقتموه بتهم في إنا واجبي بالتوية، فهم مني وأنا منهم»

Maksudnya: Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya kaum al-Asy’ariyyun itu apabila mereka kehabisan makanan ketika berperang, atau kekurangan makanan ketika mereka berada di Madinah, mereka akan mengumpulkan makanan (apa yang ada) dalam sebuah kain. Kemudian mereka meletakkannya di dalam sebuah bekas lalu dibahagikan sama banyak di antara mereka. Sesungguhnya kaum al-Asy’ariyyun ini adalah sebahagian daripada diriku
dan aku adalah sebahagian daripada mereka. (Sahih al-Bukhari, no: 2486)


vi. Pendakwah yang menyebabkan Rasulullah SAW menangis

عن علي بن أبي طالب، يقول: إنا لجلوس مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في المسير إذ طلع مصعب بن عمير ما عليه إلا بردة له فقوعة
و فلما رآه شول الله صلى الله عليه وسلم بگی الذي كان فيه ن التعمير والذي هو اليوم فيه

Maksudnya: Daripada Saidina Ali bin Abu Talib RA, dia berkata: Sesungguhnya kami sedang duduk bersama dengan Rasulullah SAW dalam masjid, lalu muncul di hadapan kami Mus’ab bin Umayr yang ada bersamanya burdah (selendang) yang bertampal dengan kulit. Apabila Rasulullah SAW melihat Mus’ab, Rasulullah menangis mengenangkan kehidupan nikmat dunia yang pernah dilaluinya dahulu (jika dibandingkan) dengan keadaan sekarangnya. (Jami’ al-Tirmizi, no: 2476 - al-Tirmizi menilai hadis ini sebagai Hasan Gharib)


vii. Pendakwah mestilah orang yang dipercayai

عن أنس، أن أهل اليمن قدموا على رسول الله فقالوا: ابعث معتا
لا يعلمتا السنة والإسلام قال فأخذ بيد أبي عبيدة فقال: «هذا أمي هذه الأمة» وفي البخاري: عن لحذيفة رضي الله عنه، قال: جاء أهل نجران إلى الي
فقالوا: ابعث لنا رجلا أوينا فقال: «بعت إليكم رجلا أوينا حق أميين، فاستشرف له الناس بعث أبا عبيدة بن الجراح»

Maksudnya: Daripada Anas RA, sesungguhnya ahli Yaman telah datang bertemu Rasulullah SAW dan mereka berkata: Utuskan buat kami lelaki yang boleh mengajarkan kami tentang sunnah dan tentang Islam. Lalu Rasulullah memegang (dan mengangkat) tangan Abu Ubaydah al-Jarrah RA dan berkata: Inilah dia orang kepercayaan umat ini. (Sahih Muslim, no: 2419)

Dan di dalam Sahih al-Bukhari: Daripada Huzaifah RA, dia berkata: Sesungguhnya ahli Najran telah datang kepada Nabi SAW dan mereka berkata: Utuskan kepada kami seorang lelaki yang dipercayai. Lalu Rasulullah bersabda: Aku akan utuskan kepada kamu lelaki yang benarbenar dipercayai (bersifat amanah). Maka manusia memandang mulia perkara itu lalu Rasulullah memanggil Abu Ubaydah dan mengutusnya. (Sahih al-Bukhari, no: 4381)





KESIMPULAN


     Kesimpulannya, benarlah laman sosial dapat dijadikan sebagai medium penyampaian dakwah. Hal ini demikian kerana, masyarakat kini lebih celik IT dalam menggunakan telefon pintar. Dengan adanya gajet seumpama ini masyarakat dapat mengakses pelbagai maklumat serta media yang bermanfaat hanya dihujung jari sahaja. Seiring dengan pergerakan dunia moden dakwah Islam dapat disebarkan melalui perkongsian media sosial seperti Whatsapp, Instagram, TikTok dan Youtube. Maklumat-maklumat tentang Islam dapat disiarkan secara langsung mahupun video .Malahan juga, penggunaan konteks dan cara penerangan yang lebih mudah digunapakai untuk menarik minat setiap lapisan masyarakat untuk mendengar dan memahami konsep Islam itu sendiri. Tambahan pula, para pendakwah menggunakan kelebihan dengan menjadi ‘content creator’ untuk berkomunikasi secara alam maya dengan pendengar walaupun mempunyai waktu yang terhad dalam penghasilan sesuatu videografi. Justeru, penerangan isi yang disampaikan dalam jangka waktu yang pendek mendapat sambutan yang luar biasa daripada setiap lapisan masyarakat. Bak kata pepatah, sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut. Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa walaupun para pendakwah mempunyai masa yang terhad tetapi ilmu dan nasihat yang diberikan oleh para pendakwah sangat bermanfaat kepada seluruh lapisan masyarakat.





LAMPIRAN












ARTIKEL



Jaga adab ketika sampaikan dakwah di media sosial: Jakim 

Cari ilmu sumber sahih https://www.hmetro.com.my/addin/2022/02/811914/cari-ilmu-sumber-sahih (tekan atau copy link untuk membaca artikel)






RUJUKAN



i. Fairuz Aziz (2012). Pengenalan laman sosial. Retrieved Oktober 12, 2022, from

ii. Siti Noor Amyah Khasbullah, Rusniyati Mahiyaddin, Sharliana Che Ani (2019). Penggunaan Media      Baharu Sebagai Medium Penyampaian Agama Islam. Retrieved Oktober 11, 2022, from 

iii. Mohd Mokhtarishah Bin Mohamed Mokhtar, Hasmadi Bin Hj. Hassan (2017). Penggunaan Media         Sosial Sebagai Medium Dakwah Islam Dalam Kalangan Penduduk. Retrieved Oktober 11, 2022             from https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/download/6667/1406/23817

iv. Harakah Daily (2017, April 8). Media sosial sebagai inisiatif perkasa dakwah. 

v. Dr. Ahmad Sanusi Azmi (2020). 40 Hadis tentang Tarbiah dan Dakwah. 


💗 TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 💗
      

Comments

Popular posts from this blog

FILEM SARJAN HASSAN (SERGEANT HASSAN)

RUKUN NEGARA