FILEM SARJAN HASSAN (SERGEANT HASSAN)

  PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

-SARJAN HASSAN- 

NAMA PENSYARAH: PUAN WAHIDAH BINTI MAT SAID

DARIPADA KUMPULAN 1:

AHMAD KHAIRUL NAJMI BIN AMER ABD. RASHID - 02DTM20F1045
ALIFF MARWAN BIN SIDANG ISMAIL - 02DTM20F1024
MOHAMAD ZAKWAN BIN MUHAIMI - 02DTM20F1020
ABDUL RAHMAT BIN MOHD KHADZIR - 02DTM20F1047
MUHAMMAD FADZMIN MUKQRIDZ BIN MOHD FAIDZUL - 02DTM20F1053



KAMI MEMPERSEMBAHKAN




"The War is Over!"


SARJAN HASSAN (1958)

Penerbit: Run Run Shaw Malay Film Production Ltd.


TAJUK FILEM: Sarjan Hassan (Seargent Hassan)
GENRE: Patriotik, Malaysia
TAHUN TERBIT: 28 ogos 1958
BERDURASI SELAMA: 1 jam 49 minit
PENGARAH FILEM: Lamberto  Avellana, P. Ramlee (Penolong pengarah)
SYARIKAT PENERBIT: Run Run Shaw Malay Film Production Ltd.


DIBINTANGI OLEH:

1. P. Ramlee sebagai Sarjan Hassan
2. Saadiah sebagai Salmah
3. Jins Shamsuddin sebagai Aziz
4. Salleh Kamil sebagai Buang
5. Daeng Idris sebagai Pak Lebai (ayah Aziz)
6. Aini Jasmin sebagai Minah (orang gaji Pak Lebai)
7. Kapten John Gray sebagai Kapten Holiday - RMR (platun Singapura)
8. Kapten David Downe sebagai RMR (platun Tanah Melayu)
9. Nyong Ismail sebagai ayah Salmah
10. Leng Husin sebagai Ah Leng (kekasih Minah)



1.0 SINOPSIS

     Hassan (ketika berusia 10 tahun) telah ditinggalkan ayahnya yang meninggal dunia. Dia menjadi yatim piatu dan kerana ayahnya adalah bekas pekerja Tok Penghulu, Hassan dijadikannya sebagai anak angkat. Tok Penghulu mempunyai seorang anak lelaki (Aziz) yang tidak menyukai Hassan tinggal serumah dengannya tetapi abagaimanapun pembantu rumah (Minah) sayangkan Hassan. Aziz sering mendera Hassan tetapi Hassan menghadapinya dengan tenang dan tabah. Suatu ketika Aziz telah mengapi-apikan kawan sekolahnya (Buang) dengan menyatakan Hassan boleh menewaskannya kalau beradu kekuatan yang mana ini menyebabkan Buang mencari pasal dengan Hassan supaya perkelahian berlaku. Hassan enggan melayan kerenah Buang bagaimanapun perkelahian berlaku juga tetapi Hassan tidak melawan. Hassan disenangi oleh Salmah dan dia sering membela Hassan jika berlaku perkelahian Hassan dengan Buang. Perhubungan mereka terjalin dengan lebih mesra apabila dewasa. Salmah tidak sukakan Aziz walaupun Aziz jatuh hati kepadanya.

     Suatu hari Aziz terbaca dalam surat khabar Askar Melayu perlukan orang baru. Aziz meminta kebenaran ayahnya untuk memohon dan telah dipersetujui. Hassan juga ingin menyertai menjadi askar dan meminta izin ayah angkatnya untuk pergi tetapi dia tidak dibenarkan. Tok Penghulu lebih suka Hassan berada bersamanya supaya dapat mengfuruskan sawah dan ladang Hassan kecewa. Bagaimanapun setelah dihina dan disindir oleh Aziz (sebelum ke Port Dickson) serta kawannya termasuk orang kampung juga, hassan bertekad untuk meninggalkan kampung pergi ke Port Dickson memohon menjadi askar tanpa pengetahuan ayah angkatnya. Minah tahu yang Hassan akan pergi dan dia telah memberitahu Salmah yang mana Salmah pergi menemui Hassan sebelum bertolak menaiki bas dan dia telah merestui pemergiannya itu dan akan menunggu kepulangannya.

     Di Port Dickson, Hassan telah diterima menjadi askar dan ketika menjalankan latihan-latihan Hassan telah melaksanakannya dengan penuh dedikasi sehingga dia dinaikkan  pangkat dari L/Koperal ke Koperal kemudian ke Sarjan yang mana ini meninggalkan terus Aziz yang kekal dengan pangkat prebetnya. Sementara itu, Pearl Harbour di Lautan Pasifik, kubu kuat Tentera Amerika Syarikat telah diserang tentera Jepun dan ekoran itu Jepun terus memperluaskan wilayahnya termasuklah Malaya. Tentera Jepun mendarat melalui Kota Bharu. Ini menyebabkan Askar Melayu yang berada di Port Dickson berpindah (berpecah dalam beberapa kumpulan) ke dalam hutan bagi menyusun strategi menentang Tentera Jepun. Begitu pun juga, dalam penentangan dengan tentera Jepun itu, Sarjan hassan dan orang-orangnya terpaksa berundur dan meminta bantuan daqripada kumpulan Askar Melayu yang lain yang mana terdapatnya Aziz bersama.

    Aziz telah menerangkan sebuah lori yang bermuatkan makanan dan senjata didapati tersadai selama empat hari dan mencadangkan supaya mereka pergi mengambilnya. Walaupun Hassan menerangkan itu adalah perangkap daripada tentera Jepun tetapi disebabkan Aziz berkeras juga dengan hati yang berat terpaksa juga Hassan pergi bersama. Memang benar apa yang diperkatakan Hassan. ia sememangnya perangkap dan dalam pertempuran dengan tentera jepun itu ramai yang tewas dan Hassan sendiri serta Aziz ditawan dan ditahan di kem tahanan perang Jepun. Semasa dalam kem tahanan itu, Hassan membuat rancangan untuk melepaskan diri. Dia berjaya, tetapi telah terkena tembakan dan kemudian jatuh pengsan. Dan apabila sedarkan diri Hassan mendapati dirinya berada dalam kumpulan gerila yang diketuai Kapten Holiday. Hassan diselamatkan.

     Dalam pada itu, Buang telah dilantik menjadi Kapitai Jepun dan selalu memujuk Salmah untuk bersetuju berkahwin dengannya dan menyatakan juga yang Hassan sudah mati. Dengan jawatannya itu, Buang mengambil kesempatan mengugut dan mendera orang-orang kampungnya sendiri dan dia telah bertindak menangkap bapa Salmah kerana dituduh memiliki radio. Bagaimanapun, melalui Ah Ling (penjual sayur), Salmah mendapat tahu yang Hassan masih hidup dan dia meminta pertolongan Hassan supaya membebaskan bapanya yang akan dibawa ke Melaka untuk dipancung. Satu serang hendap dilakukan oleh Hassan beserta orang-orangnya dan berjaya menyelamatkan bapa Salmah dan ini menyebabkan Ketua Jepun (Master) marah dan sebagai tindakan Buang menangkap orang-orang kampung termasuk Tok Penghulu, Salmah dan Minah. Dengan pengeboman bom atom di Hiroshima, menyebabkan peperangan tamat dan sebagai tindakan terakhir Hassan meminta Kapten Holiday membantunya menyerang markas tentera Jepun di mana Tok penghulu dan Salmah ditahan.

     Dalam serangan itu, banyak tentera Jepun yang mati termasuk Master. Bagaimanapun, Buang berjaya melarikan diri lari ke kampung. Berikutan kejayaan serangan tersebut, bendera Jepun pun diturunkan dan dinaikkan pula bendera Union jack di mana pada ketika itu, British masih lagi menjajah Malaya. Ramai orang tahanan Jepun turut dibebaskan termasuklah Tok Penghulu (ayah angkat Hassan) dan Salmah. Buang yang bercadang untuk melarikan diri dari kampung tempat tinggalnya terperangkap dan dikelilingi orang-orang kampung yang mahu membunuhnya kerana pengkhianatannya. Dia mengugut membunuh sesiapa saja yang menghalangnya untuk melarikan diri. Pada saat itu, Hassan sampai dan kemudian mencabar Buang supaya bertarung dengannya. Dan Buang tidak ada pilihan lain selain bersetuju. Dalam perkelahian yang sengit itu akhirnya Buang tewas dan terbunuh dengan tikaman pisau kepunyaannya sendiri. Aziz pula yang telah dibebaskan kembali ke kampung dan dalam pertemuan dengan Hassan dia telah meminta maaf dan Hassan sebagai seorang yang baik hati tentu sekali memaafkannya. Hassan dan Salmah kini membuat persiapan untuk berumahtangga.



2.0 PERMULAAN

  2.1 BABAK DI KAMPUNG


     
Mengisahkan Hassan (P.Ramlee) berumur 10 tahun berasal dari Jasin, Melaka yang menjadi anak yatim piatu setelah ayahnya meninggal dunia. Ibunya pula meninggal dunia sewaktu dia masih kecil. Majikan arwah ayahnya, Pak Lebai (Daeng Idris) yang kasihan akan nasib Hassan telah menjadikan Hassan sebagai anak angkatnya. Bagaimanapun, anak kepada ayah angkat Hassan, Aziz (Jins Samsudin) berasa cemburu akan Hassan dan membencinya. Apabila mereka sudah dewasa, Aziz, Buang (Salleh Kamil) dan rakan-rakan yang lain senantiasa membuli dan mengganggu Hassan. Salmah (Saadiah) pula telah jatuh cinta dengan Hassan. 


     Tindakan Salmah ini mendatangkan kemarahan kepada Aziz. Apabila Perang Dunia kedua semakin dekat, Melayu mula mengambil rekrut di Port Dickson, Negeri Sembilan. Aziz menyertainya tetapi Hassan yang juga ingin menyertainya dihalang berbuat demikian oleh ayah angkatnya yang menyuruhnya supaya menjaga sawah dan ladang. Orang-orang kampung mula memanggil Hassan sebagai pengecut dan ini menyebabkan Hassan membuat keputusan untuk lari daripada rumah supaya dia dapat menyertai Askar Melayu. Hassan membuktikan dia mampu menjadi seorang askar yang bagus dan tidak lama kemudian dinaikkan pangkat menjadi Koperal dan seterusnya ke pangkat Sarjan.


  2.2 BABAK ASKAR JEPUN MENJAJAH TANAH MELAYU


     
Apabila askar Jepun menyerang Singapura dan Kota Bharu, Kelantan, Sarjan Hassan bersama-sama dengan platunnya berjaya mengawal laluan darat bagi mengekang kemaraan askar Jepun ke suluruh Tanah Melayu. Hassan juga turut menyelamatkan Aziz yang tercedera dan mereka dijadikan tawanan perang kerana kesilapan taktikal yang dirancang oleh Aziz tanpa dipersetujui oleh Hassan yang bertindak sebagai ketua platunnya. Keadaan menjadi huru hara, sehingga menyebabkan Hassan juga mengalami kecederaan akibat dipukul oleh askar Jepun. Maka bermulalah episod Jepun menjajah keseluruhan Tanah Melayu pada 15 Ferbruari 1942. 


     Hassan bersama platunnya telah ditahan, Hassan mula merancang untuk melarikan diri sebagai tahanan perang tetapi beliau telah mengalami kecederaan akibat terkena tembakan. Kedaan dirinya semakin lemah disamping itu beliau keseorangan di dalam hutan sebelum pengsan di tengah hutan. Mujurlah dia telah diselamatkan oleh kompeni askar Inggeris dari Singapura. Kali ini Hassan mendapat kawan baharu (lakonan H.M Rohaizad) dan tukang masak (S.Shamsudin). Setelah pulih dari kecederaan, Hassan meminta bantuan dari platun Singapura untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang ditahan tempoh hari. Tetapi kebanyakkan rakan platunnya disahkan telah meninggal dunia termasuk Sarjan Pon (Zainol Aziz) dan Aziz. Hassan dan platun baharunya berjaya memusnahkan satu pusat perhubungan askar Jepun di Tanah Melayu. Kali ini Hassan sudah tiba di kampung halamannya, dia menggunakan Ah Leng (Leng Husin) sebagai orang tengah untuk menghapuskan saki baki askar Jepun dan Kampeitai di Jasin, Melaka. Dalam masa yang sama, Buang pula mengkhianati bangsanya sendiri dengan menjadi polis rahsia Jepun atau Kampeitai. 


     


3.0 PERTENGAHAN


     Dia dilantik oleh ketua Kampeitai (lakonan Omar Rojik). Buang menggunakan kedudukannya untuk menangkap penduduk kampung yang menyimpan radio amatur dan menjadi tali barut askar Inggeris. Selain itu, dia juga memaksa Salmah mengahwininya selepas ayahnya ditangkap kerana memiliki radio amatur. Dengan bantuan dari Ah Leng, surat dari Salmah diterima oleh Hassan. Hassan bersama platunnya berjaya memusnahkan lori tahanan Kampeitai dan menyelamatkan ayah Salmah. Di atas arahan ketuanya, Buang memberkas Salmah, Pak Lebai dan Minah untuk dijadikan tawanan ekoran saspek utamanya masih bebas. Di malam harinya, satu berita diterima mengatakan peperangan sudah berakhir dimana Jepun disahkan telah menyerah kalah pada perang dunia II. Tanpa membuang masa, keesokkan harinya Hassan dan platunnya menyerang dan menawan kubu pertahanan Kampeitai di Jasin. Walaupun keadaan sudah menjadi aman semula, tetapi Buang berjaya melarikan diri. Mujurlah Hassan berjaya bersemuka dengan Buang sebelum membunuhnya.


     Datuk Hassan, iaitu Penghulu Ismail telah mengahwinkan Hassan dengan Siti Zabedah. Ketika itu Hassan baru berumur 17 tahun. Isteri Hassan, ibu mentua, nenek mentuanya, dan nak buah isterinya telah dibunuh oleh pihak Bintang Tiga selepas Jepun menyerah kalah. Kemudian Penghulu Ismail pula di tangkap oleh pengganas komunis kerana disyaki bekerjasama dengan Jepun. Selepas kejadian itu, Hassan mengambil keputusan untuk menyertai Kor Rejimen Askar Melayu. Hassan kemudiannya diserapkan ke Rejimen Kedua Askar Melayu di Kem Bagan PinangPort Dickson. Selepas itu, Hassan telah diukarkan ke beberapa tmpat sehinggalah dinaikkan pangkat sebagai koperal dalam Pasukan Batalion Keempat Rejimen Askar Melayu. Dalam menjalankan tugasnya, Hassan telah bertempur dengan pengganas komunis di Ladang Sungai Kawang. Hari tersebut juga merupakan hari pertunangannya denagan Siti Aisyah Haji Bujang. Pada 16 November 1953 Hassan telah bertempur dengan pengganas komunis di Pahang.

Hassan mengetuai satu gerakan di kawasan Waterfall Estet. Dalam gerakan tersebut, beliau berjaya menumpaskan usaha pengganas komunis yang hendak bermesyuarat untuk menggagalkan sambutan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Seterusnya, Hassan gagal dalam peperiksaan kenaikan pangkat. Pada 5 Ogos 1962 , perkhidmatan Hassan ditamatkan tanpa sebarang sebab. Beliau turut gagal mendapatkan pencen kerana tidak memenuhi syarat walaupun telah berkhidmat selama 16 tahun. Hassan membuat rayuan kepada Menteri Pertahanan, iaitu Tun Abdul Razak. Akhirnya, Hassan diterima untuk menyambung perkhidmatannya semula dalam Pasukan Askar Wataniah.



4.0 PENGAKHIRAN


     Sementara itu, Pearl Harbour di lautan pasifik kubu kuat tentera Amerika Syarikat telah diserang tentera Jepun dan ekoran itu Jepun memperluas wilayah termasuk Malaya. ini menyebabkan askar Melayu yang berada di ort Dickson berpindah ke dalam hutan bagi menyusun strategi menentang tentara Jepun. namun begitu, dalam penentangan Sarjan Hassan dan orang-orangnya terpaksa berundur dan bantuan daripada kumpulan askar Melayu yang lain yang mana terdapatnya Aziz


     Angkara Aziz mereka telah termasuk dalam perangkap Jepun dan berlakulah pertempuran dengan tentera Jepun dimana ketika itu ramai yang tewas dan Hassan sendiri serta Aziz telah ditawan dan ditahan di kem tahanan tentera Jepun.Semasa dalam kem tahanan itu,Hassan membuat rancangan untuk untuk melepaskan diri.Dia berjaya,tetapi telah terkena tembakan dan kemudian jatuh pengsan.Dan apabila menyedarkan diri Hassan mendapati dirinya diselamatkan oleh kumpulan gerila yang diketuai oleh Kapten Holiday.

      Dalam pada itu,Buang telah dilantik menjadi Kapitai Jepun dan selalu memujuk Salmah untuk bersetuju berkahwin dengannya dan menyatakan Hassan sudah mati.Dengan jawatan yang disandang oleh Buang menjadikan dia seorang yang tidak berperikemanusiaan.Hal ini kerana,Buang mengambil kesempatan mengugut serta mendera orang kampungnya sendiri apabila dia menangkap ayah Salmah kerana mempunyai mempunyai radio.Bagaimanapun,melalui Ah Ling (penjual sayur),Salmah mendapat tahu yang Hassan masih hidup dan meminta pertolongannya untuk membebaskan ayahnya yang akan dibawa ke Melaka untuk di pancung.

     Satu serang hendap dilakukan oleh Hassan berserta orang-orangnya dan berjaya menyelamatkan ayah Salmah dan ini menyebabkan ketua Jepun (master) marah dan sebagai tindakan Buang menangkap orang-orang kampung termasuk Tok Penghulu,Salmah dan Minah.Dengan pengeboman bom atom di Hiroshima, menyebabkan peperangan tamat dan Hassan berserta orang-orangnya menyerang markas tentera Jepun di mana Tok Penghulu dan Salmah ditahan.


5.0 PENILAIAN
     
     Filem Sarjan Hassan merupakan filem yang sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat terumatanya kepada anak muda kita yang tidak tahu tentang sejarah negaraku yang tercinta Malaysia. Filem ini boleh menyentuh hati kita kerana ia sebuah filem yang memaparkan pelbagai unsur kekeluargaan, kemerdekaan dan semangat berpasukan. Nilai-nilai ini sebenarnya membina masa hadapan anak-anak bangsa untuk lebih menghargai apa yang ada disekeliling kita. Buang yang keruh ambil yang jernih. Jangan sentiasa bermusuhan sesama sendiri kelak membinasa diri. Cintailah negara kita kerana Malaysia tanah tumpah darah kita. Oleh sebab itulah kita patut menonton filem ini kerana ia dapat membentuk diri kita menjadi rakyat yang lebih baik.



6.0 PENGAJARAN
     
     Antara pengajaran yang kita boleh dapat dari filem Sarjan Hassan adalah:

1) Kita perlulah mempunyai sikap berdisiplin dan patuh kepada arahan ketua. Contohnya, Hassan Semasa dalam tentera Hassan sangat patuh kepada disiplin tentera. Dia mematuhi arahan ketua untuk bertugas mencari bangkai kapal yang terhempas walaupun ketika itu sepatutnya bersedia untuk bersedia untuk menghadapi ujian kenaikan pangkat.

2) Kita hendaklah mempunyai sikap kerajinan dan berjimat cermat. Contohnya, Hajah Siti Amai hidup senang pada zaman Jepun kerana pandai berjimat cermat dan mengusahakan kebun serta menternak lembu.

3) Kita mestilah menjadi seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Hassan yang bertanggungjawab melaporkan kegiatan maksiat kepada pegawai kanannya.

4) Kita hendaklah bijak merancang kehidupan. Contohnya, Penghulu Ismail mengahwinkan Hassan untuk mengelakkan tindakan Jepun menghantarnya ke Thailand.

5) Kita haruslah mematuhi perintah agama. Contohnya, Hassan yang berpegang kepada agama dan tidak dipengaruhi maksiat apabila digoda oleh Ah Moi.

6) Kita hendaklah bersatu padu menentang musuh. Tidak seperti orang kampung yang tidak berani membela Hajah Siti Amai yang dibunuh komunis kerana mereka tidak bersatu.

7) Kita jugalah haruslah mengenang jasa dan keberanian perajurit. Contohnya, Hassan yang mendapat pingat daripada Ratu Inggeris kerana keberaniannya menjalankan operasi menggempur komunis.




Jika anda berminat untuk menonton filem Sarjan Hassan ini, klik sahaja pada link yang telah disediakan di bawah 
https://www.youtube.com/watch?v=fje1QuQrkMU&t=118s
https://www.youtube.com/watch?v=JrgYoTCWt48&t=174s (Warna)


💜 SEKIAN TERIMA KASIH DARIPADA KAMI KUMPULAN 1 💙

Comments

Popular posts from this blog

RUKUN NEGARA

LAMAN SOSIAL SEBAGAI MEDIUM PENYAMPAI DAKWAH